
Ikuti kisah percutian saya di Krabi selama 4 hari 3 malam dengan pelbagai aktiviti menarik dan juga bajet duit yang diperlukan.
Percutian ke KRABI (Day 3) – 29 Ogos 2015
Hari ketiga kami set untuk berjalan-jalan, menikmati cuaca (panas ok), dan lihat kehijauan di sekililing, cewah.
Seperti biasa, tour start pukul 9 pagi. Get ready, breakfast ala kadar. Tapi kami dapat makan nasi pulut dengan ayam goreng. Inah, tour sales girl yang belikan. Sedapnya! Tengah rushing tu sempat lagi makan, takkan taknak kot kan. Bawah ni saya tepek gambar.
Lepas makan kami teruskan ke destinasi pertama ke Tiger Cave. Kali ni kami naik van, ade air-cond. Tapi disebabkan kami awal sampai sana, kena tunggu pulak, yang tak best nye driver tu tak bukak air-cond, berpeluh-peluh uols sebab matahari dah naik. Kat sini de beberapa tempat tarikan pelancong seperti Tiger Cave & Monkey temple.
Dah settle kat sini lebih kurang 45 minit, kita teruskan perjalanan naik van ke elephant trekking. Siapa yang pernah naik mesti teruja nak naik lagi. Tapi aku kecut perut, naik gajah kot. Jalan bukannya rata & straight, macam kat dalam hutan tu. Siap dibawak masuk dalam kolam untuk gajah berendam. Last part elephant trekking, bolehla beli pisang dan suap gajah tu makan.
Lepas tu kita ke Hot Spring & Emerald Pool. Lunch disediakan oleh dorang so tak payah risau nak makan ape. Dekat hot spring ni korang boleh la rendamkan kaki, tapi tak lama pun masa dorang bagi sebab yang main attraction dekat Emerald Pool kot. Gambar kat Emerald Pool takde sebab dah letih sangat. Ini adelah disebabkan sebelum sampai ke sana, korang ke menapak selama 30 minit, so jangan berangan nak pakai heels. Kat Emerald Pool ni boleh la mandi, so sila bawak persalinan ye. Dekat sini sampai pukul 4. Lepas tu balik. Malam tu kitorang pergi lagi night market untuk berbelanja duit yang lebih-lebih tu dan beli souvenir, Puas hati dapat beli casing phone yang kat Malaysia ni asyik sold out je.
Total spending :
Elephant trekking, Tiger cave & Emerald pool tour (inclusive of lunch) : 1,100 baht
Breakfast – Sausage, Nescafe tin, bread : 70 baht
Food for snack – Ice cream, pancakes, fried rice : 300 baht
Taxi to night market : 200 baht per 1 way
Stuff bought at night market : 1,000 baht
Dinner – pancakes : 100 baht
Total spend for Day 3 : RM 329.08
Read : Percutian Idaman : KRABI here I come (Day 2)
Read : Percutian Idaman : KRABI here I come (Day 4 & Total spending)