
Kita teruskan percutian ke Krabi ye. Hari kedua inilah bermula nya aktiviti yg tak akan aku lupakan.
Percutian Idaman : KRABI here I come (Day 2) – 28 Ogos 2015
Hari yang paling menterujakan! Kita nak start island hopping uols. Tour start dalam pukul 9 pagi. Dah siap-siap mandi, letak krim uv protection bertepek tepek kat muka tangan kaki semua, then kita pergi carik breakfast. Well, kitorang makan instant je. Beli hotdog instant, roti dan sekotak air nescafe sekadar nak mengisi perut. Makan dekat tour booth kami (betul2 depan hotel) yang diketuai oleh Inah (salesgirl tour pakej). Inah ni memang peramah, senang nak deal and mintak discount, boleh cakap bahasa melayu, so senang kami nak berborak.
Kami amik pakej Phi Phi Island Tour. Harga 1,190 baht inclusive with lunch and motor rent for 1 day. Kami pergi ke Maya Bay, Piloh Bay, Viking Cave, Monkey Beach, dan Bamboo Island naik boat bersama-sama dengan lebih kurang 20 orang yang lain (kira kami ni 1 group). Dalam boat disediakan air dah, so tak payah risau kalau dahaga. Dalam pukul 12 tu kami lunch ala-ala buffet. Banyak makanan ade, nasi, spaghetti, tomyam dan macam-macam lagi. Orang memang ramai makan kat situ, maybe semua yang amek tour pakej makan kat situ kot, tapi sedap okay. Tembikai dia mak ai, lagi manis dari KL ni.
Paling cantik dekat Bamboo Island. Boleh mandi-mandi sejukkan badan. Tayang body sikit kat mat saleh tuu hahaha. Saya tepek gambar sikit bagi korang tengok. Dekat Maya Bay pun laut dia cantik. Tapi ramai orang la. Banyak model cun cuns amik gambar kat sini, korang boleh la fefeeling la buat photoshoot. Tour habis dalam pukul 3 tghr.
Hari masih awal kan, so kami balik bilik, tukar baju yg basah tu then terus vroom vroom naik motor cuci mata dan cari makanan. Kami jalan-jalan survey ape aktiviti nak buat esoknya. Sempat beli pancakes untuk alas perut sebelum bersiap siap untuk ke night market.
Tempat untuk jalan-jalan ke night market ade 1, 1 di krabi (dekat je boleh jalan kaki) dan 1 lagi di Aonang. Nak ke Aonang night market haruslah dengan kenderaan, samada korang nak naik motor, atau naik taxi cam kitorang. Driver taxi tu siap bukak lagu kuat kuat, so kitorang pun melalak lah. Kami pergi night market ni 2 malam, so first time ni takdelah beli ape-ape souvenir, cuma beli makanan je. Macam-macam ade jual kat night narket ni, souvenir, baju I love Krabi, foodie yg korang boleh try. Oh ye, korang kena ingat taxi korang & driver tu cemaner rupanya & namenye, dia akan cakap nak balik nanti tunggu kat mane, so nak balik dah takyah risau cemana nanti.
Total spending :
Phi Phi Island Tour (inclusive of lunch) + Motor rent for 1 day : 1,190 baht
Breakfast – Sausage, Nescafe tin, bread : 70 baht
Waterproof handphone case : 200 baht
Snack – Pancakes : 50 baht
Taxi to night market : 200 baht per 1 way
Stuff bought at night market : 396 baht
Dinner – Pineapple fried rice : 60 baht
Total spend for Day 2 = RM 239.50
*Oh yea I edited total spending at Day 1 (sebab salah convert)
Coming up soon : Emerald Pool, Jungle Trekking, Tiger Cave Tour
Read : Percutian Idaman : KRABI here I come (Intro & day 1)
Read : Percutian Idaman : KRABI here I come (Day 3)
Read : Percutian Idaman : KRABI here I come (Day 4 & Total spending)