Follow:
LIFESTYLE

Cara Mudah Save Video Youtube ke Iphone

Save Youtube Video in Your Phone

Pernah rasa frust tak sebab susah nak save video dari youtube (especially Iphone user)? Actually, dari dulu I memang akan selalu save video (music video basically) so nanti I boleh la dengar time kat ofis ke atau dalam kereta on the way balik & pergi kerja. Paling I geram bila sometimes ada je lagu yang tiba-tiba stuck dalam kepala lepas tu nak dengar tapi kat ofis hmm youtube stream lembs nak mamps haha. Nak download kat ofis, tapi website kena block, nak dengar guna phone nanti data habis sebab nak dengar tu mestilah lebih 100 kali baru puas ken.

Ni, I ade satu cara mudah untuk save video dari youtube ke dalam phone korang. Cara mudah dan cepat, takde pening-pening pun.

Step 1 : Download Document 5 (free je!) from the Apps store

Step 2 : Lepas dah install boleh terus buka apps tu. Lepas tu nampak tak ada icon browser kat hujung belah kanan apps tu? Klik situ.

Step 3 : Nampak tak kuar screen camni? Lepas tu korang type savefrom kat tempat search tu.

Step 4 : Klik the 1st one from the google search. Maka keluarlah website savefrom.net
Step 5 : Buka Youtube app.
Cari video yang korang nak download. Then dekat video tu ade la ikon-ikon (yang biasa korang nampak kan). Terus saje ke ikon cam arrow tu dan click it, so you can find the button for copy link. Means korang copy link video tu.
Step 6 : Paste kan link tu dekat ‘enter the url’. Then klik arrow biru.
Step 7 : Tunggu dia loading jap. Lepas tu muncul la button download mcm kat bawah dalam gambar ni.
Step 8 : Tekan la download tu, rename and tunggu download habis.

Step 9 : Lepas dah habis download, video tu akan berada di tab yang pertama apps ni, duduk nya di dalam folder download.

Cuba bukak tengok, dah ada kan.

Step 10 : Nampak tak video korang tu? Click and drag video tu sampai ade kuar ‘drag here’.

Drag sampai kembali ke main folder. Drag video tu masuk dalam folder ‘Photos’ seterusnya masuk ke ‘camera roll’

Step 11 : Bukak apps photo, dah ada dah video tu

So korang boleh la layan sampai puas!

Itu sahaja. Senang je kan. Selamat mecuba!

Related posts:

Share:
Previous Post Next Post
  • Thank you for the tips, easy to follow 🙂