Follow:
LIFESTYLE

Aktiviti untuk Hari Minggu

Aktiviti untuk Hari Minggu Ni

 Tak lama lagi (lama la sangat, lagi 2 hari  je pun), kita akan ade cuti panjang, yay! Kita ade 3 hari cuti iaitu hari Sabtu, Ahad dan Isnin. Selalunya time cuti macam ni la banyak yang merancang untuk bawak satu family pergi bercuti kan. Kalau yang dah ade plan itu baguslah, inilah masanya nak berseronok. Tapi kalau yang tak ada plan lagi, ni saya nak share sikit aktiviti untuk hari minggu ni.

7 Aktiviti di Hari Minggu

1. Belajar atau cuba memasak resipi yang belum pernah dicuba
Pernah tak korang ternampak kat facebook resipi makanan yang mudah dan belum dicuba, lepas tu terliur je tengok? Inilah masanya korang boleh cuba resipi tersebut. Ada banyak masa ni apa lagi, lepas tu boleh makan sambil tengok tv.

2. Bersenam
Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan tetapi juga seronok dilakukan. Korang cuba ajak kawan-kawan yang free, ajak diorang berjogging kat taman rekreasi. Kan best bila jogging bersama.

3. Membaca Buku
Ada beli buku tapi belum baca atau belum habis baca? Masa inilah yang paling best nak baca buku terutama untuk orang yang memang suka baca buku (macam saya).

4. Marathon drama
Banyak drama yang korang dah terlepas? Layan lah sume tu weekend ni (sampai mata jadi panda)

5. Layan youtube
Banyak benda yang kita boleh belajar kat youtube. Youtubers ni semua kreatif (dan kelakar), so ambil la masa untuk layan kerenah dorang, mana tau awak pun ada ilham nak buat video jugak kikiki.

6. Spring cleaning
Bersihkan rumah atau bilik korang tu. Ape yang tak nak guna, baju yang tak muat tu, bolehlah buang atau masuk dalam stor. Kalau rajin lagi, boleh hias sekali, baru rasa fresh je masuk rumah.

7. Melawat saudara/kawan
Masa macam ni lah kita boleh ambil peluang melawat saudara dan kawan-kawan. Macam saya, ada ramai kawan-kawan saya yang baru lepas bersalin. Weekend-weekend yang lepas tak sempat pun nak jengok dorang, jadi hari cuti ni lah saya boleh melawat.

8. Plan for next vacay
Ini aktiviti paling best. Teringin nak melawat ke tempat yang belum pernah pergi? Gunakan masa ini untuk plan (dan berangan) untuk next vacation korang. Time ni jugak korang dah boleh plan berapa bajet, dan macam mana nak simpan duit.

9. Tidur
Nak ganti balik tidur korang yang tak cukup tu kan. Okay boleh. Haha.

Related posts:

Share:
Previous Post Next Post
  • 4,5,9 is soooo me :p aktiviti malas je yg kite selalu buat, kehkeh

  • @Mazni kannn, 3 ni paling favourite n senang nak buat

  • 4 dan 9 — sayalah tuuu. hihihihi