Follow:
BOOKS AND MOVIES

Filem Seram Munafik Review

malay movie munafik review

Setelah sekian lama tak update & bukak blog kan~ al maklumlah kadang-kadang tu mood takde. Ade je idea dan movie yg dah tengok utk di-review kan tapi bila dah beberapa hari tengok, pastu nak menaip terus enthusiasm tu dah takde. So ini dia movie yg fresh saya tengok semalam – MUNAFIK.

Filem Seram Munafik Review

Munafik adalah hasil karya Syamsul Yusuf dibintangi oleh Nabila Huda (lakonan dia memang hebat), Syamsul (erk-still aku xleh terima dia jadi pelakon sbb nampak cover macho sgt). Cerita seram ni memang genre filem kegemaran saya, tapi kena seram. Baru aku rasa puas hati. Munafik seram ke tak? Bagi aku seram. Sebabnye, aku rasa jantung aku ni tak henti henti berdegup laju, letih tau menanti bilanya lah kuasa jahat tu nak terhapus.
Jalan penceritaannya membuatkann kita tertanya-tanya tentang setiap ape yg terjadi, kenapa macam ni, macam tu, dia siapa? dia ni dah kenapa? siapa jahat? siapa baik? So kita tak akan rasa bosan.
 
Cerita ni berkisarkan tentang Maria (Nabila Huda) yg diganggu makhluk halus. Maria akhirnya diubati oleh uztaz Adam (Syamsul). Sepanjang tu adalah babak-babak seram dan sangat mencemaskan. Bagi saya paling rasa takut masa scene dalam terowong dengan bola yg tetiba muncul pastu melantun lantun tu. Yang saya rasa tak puas hati tu kenapa kalau cite seram je mesti ade adegan dalam bilik mayat, kenapa ade je orang mati tapi dianggap hidup lagi, kenapa dalam lif selalu lif rosak lepas tu ade makhluk ganggu. Memang seram, tapi dah biasa sangat scene mcm tu.
Saya tak nak dedahkan jalan cerita Munafik ni sebab nak korang sendiri tengok ok. Tengok dan nilai sendiri. Ini ialah review ikhlas dari saya. 4 bintang bagi ke-seram-an nye.
p/s: kenapa klu tengok wayang cite melayu seram cam ni ade je la orang yg tetiba jerit ‘ha!’? nak buat kita terkejut? Tak respect langsung org yg tengah fokus tengok cite tuu. Hentikan lah oiii.

Related posts:

Share:
Previous Post Next Post
  • i dah tengok movie ni semalam,seriously best giler!tak sia sia duduk front row sampai sakit leher hahaha.i got no regret 😀

  • ramai yg review best , saya tertinggal bas dah.. hahah

  • Bagi 4/5 star jgk utk filem Munafik ni. Hee.