
Ho yeah, akhirnya inilah post percutian ku ke Krabi, Thailand. Inilah percutian kali pertama ke luar negara dengan duit sendiri. Alhamdulillah, dapat jugak pergi Krabi walaupun masa sebelum nak pergi ni asyik teragak-agak nak pergi ke tak. Bila ada member yang pandai tengok tiket flight and bagi encouragement nak pergi, akhirnya tercapai jugak.
Kami pergi berempat. Pada mulanya yang nak pergi kami empat ; Aku, Ain, Anis & Ili. Tapi Ili tak dapat join sebab preggy (almaklumlah tiket flight kami beli tahun lepas lagi), tapi last-last ade kawan Anis, Kinah nak join.
So, flight kami ke Krabi beli Disember 2014 dengan harga RM318.00 (Malaysia Airlines) pergi balik. Beli time promotion, ingat lagi esok tu last promo, hari ni baru nak buat passport, nampak tak kelam kabut tu. Flight kami sepatutnya direct ke Krabi Airport, tapi disebabkan MAS dah tak buat direct flight ke sana, kami kena transit ke Bangkok Airport dulu, punyalah fuh fuh fuh kan…so korang nak ke Krabi, naiklah flight yang lain (Air Asia punya promo boleh dpt murah dari MAS).
Sebulan sebelum nak pergi, baru kitorang book hotel. Part ni Anis jugak yg book, dia book dari booking.com rasanya. Aku hanya sediakan duit nak transfer je. Huahaha. Akhirnya tibalah masanya nak berangkat. Excited aku bukan main. Seminggu dah packing luggage, boleh amik example packing list dari sini.
Day 1 – 27 Ogos 2015
Flight depart pukul 9:10 pagi dari KLIA, sampai Bangkok Airport 10:15 pagi. Lepas tu kena tunggu pukul 1:30 pulak untuk flight ke Krabi. Selama 4 jam kami bertapa dekat airport, tidur jelah dekat waiting area tu, sekali dengan bangla-bangla pun sebab dah penat. Dengan berbekalkan air mineral & pulut mangga (mahal okey) beli dekat airport dengan wifi free 1 jam duduk/baring lah menunggu flight. Kami bertiga je sebab flight Kinah terus ke Krabi (Air Asia).
Kami sampai di Krabi dalam pukul 2 petang, sampai-sampai terus survey harga Sim Kad. Lepas sampai airport, ambik luggage terus ke departure hall untuk domestic flight (nak tunggu Kinah), depan-depan tu dah ade orang jual Sim Kad. Dekat waiting area tu ade kaunter untuk book transport ke Aonang, kitorang pun terus la book sementara tunggu Kinah sampai. Taxi akan hantar kita terus ke hotel, korang inform je nama hotel kat diorang.
Lepas sejam tunggu Kinah, kitorang pun terus ke hotel untuk check in, tak jauh pun dalam 20 minit. Kami stay di Centara Andha Devi resort. Bilik memang selesa, ada 2 queen bed. Sepatutnya bilik tu boleh masuk 2 orang je, tapi kitorang buat keje pandai sikit, masuk 4 orang. Ini boleh kalau korang pandai. Tipsnye; masa nak check in, 2 orang je yg boleh ade masa nak check in, pastikan 2 orang lagi tu bawak beg galas, takut dorang tanya beg sape yg extra tu je. Masa nak kuar masuk hotel, 2 orang yg tak register tu jangan jalan dekat entrance, kat situ ade laluan masuk dari restoren, so lalu dekat situ je.
Depan hotel kami ade booth jual tour package and sewa motor, mart dan kedai makan pun depan je. So senang kalau lapar. Kalau nak ke night market kat Krabi, boleh jalan kaki dalam 15mins. Nak ke Aonang Night Market, naik taxi/motor dalam 30minit.
Petang tu kitorang jalan-jalan cari package tour and terus book package Phi Phi Island and sewa motor. Dah dapar motor ape lagi, merayap la. Sebelum merayap tu kitang beli pancakes flavor coklat & pisang, omg sedapnye. Kat sini memang ramai orang bawak motor, gila sempoi dorang bawak slow-slow, takde pun orang hon. Malam tu kitorang dinner dekat Hasna Palace, somtam dia sedap, tomyam dgn nasi goreng biasa-biasa je la.
Total spending:
Flight Tickets : RM318/person
Hotel : RM208.81/person
Mineral Water : 7 baht (harga pulut mangga tak ingat)
Sim Card + Internet 5 days unlimited : 160 baht
Taxi transfer to Aonang : 600 baht/taxi
Dinner at Hasna Palace : 140 baht/person
Total (Flight + Hotel) = RM526.81
Total (others) = *RM152.33
Total spend for Day 1 = RM 634.56
Coming up soon : Phi Phi Island Tour, Emerald Pool, Jungle Trekking, Tiger Cave Tour, Aonang Night Market Adventure
Read : Percutian Idaman : KRABI here I come (Day 2)
Read : Percutian Idaman : KRABI here I come (Day 3)
Read : Percutian Idaman : KRABI here I come (Day 4 & Total spending)