My Healing Trip to Pulau Perhentian

Ikuti kisah percutian saya di Pulau Perhentian selama 3 hari 2 malam dengan pelbagai aktiviti menarik dan jugak bajet duit yang diperlukan.

Akhirnya, inilah percutian pertama sejak bekerja selama 2 tahun kot. This is macam my healing trip to Pulau Perhentian. Actually dah lama nak ke Pulau Perhentian cuma tak dapat partner yang betul-betul nak pergi. Inilah kisah percutian saya di Pulau Perhentian selama 3 hari 2 malam dengan pelbagai aktiviti menarik dan jugak bajet duit yang diperlukan.

Trip kali ni berlangsung selama 3 hari 2 malam. So journey start on the night of 5th March, we took a bus to Kuala Besut from TBS. Tips kalau nak naik bus, sila beli awal-awal sebab time bulan March-Mei tiket can be limited klu beli last minute cam kitorang. Dapat seat bus (Sani Express) dua dari depan, tingkat atas pulak tu. Bas pulak ikut jalan Gua Musang tu. Bertolak pukul 10.30 malam, memang bajet nak tidur lepas tu bangun terus sampai kan, tapi sebab tak reti nak posing badan camne, I tidur dalam 3 jam je. Dalam pukul 6 sampai la Kuala Besut.

Day 1 at Pulau Perhentian

Plan nak naik feri ke Perhentian dalam pukul 10, tapi sebab members dari Kuala Terengganu tak sampai lagi (sbb bas diorang buat masalah), kitorang bertolak dari jeti dalam pukul 12.45 camtu. Bayangkan, lama tak menunggu tu. Kitorang jalan-jalan kat area jetty tu, ade kedai-kedai yg jual souvenir, kedai makan, weols tidur je kat kedai makan tu. Btw, pakej kitorang (penginapan+pakej snorkeling) dalam RM180.00. Boleh check pakej tu kat Fb:Bahtera Kembara. Ok back to the jetty, perasaan tak berbelah bagi bila naik boat tu. Mak aii termenjerit kitorang sebab laju gila dia bawak.

Tempat menginap kitorg dekat Nelayan Village (NV) (dekat map ‘Fisherman’). Sepatutnya dekat plan awal dekat Flora Resort tapi sebab dah full, kitorang dapat kat situ. Tapi tempat kitorang tu best sebab bilik ade air-cond, toilet bersih 5 star aku kasi, cuma dia takde almari pakaian, tapi its okay kan since baju semua mmg dalam beg je, nak pakai amik terus. Sampai je NV akan nampak restauran2 kecil, so takyah risau nak makan, harga makanan dekat situ harga standard & murah.

pics dari Pulau kat Nelayan Village

Hari pertama aktiviti bebas, ada group yang gi tengok kincir angin, tapi I tak follow. Petang tu lepak tepi pulau dekat NV, main-main air, tangkap gambar then lepak kedai makan kepuk lekor, wah best dah sempoi je. Time ni baru la kenal geng-geng member kwn aku, Ate, diorang ni satu geng. Dah kenal kejap, terus boleh jadi gila, haha. Malam pun kitorg lepak kedai tu then buatlah konsert kami sendiri (tapi tiada audience haha).

sebelum snorkel kita amik gambar dulu

 Day 2 at Pulau Perhentian (Snorkelling!)

Esok hari barulah kitorg pergi snorkeling. Breakfast dulu (seriously belacan kedai tu sedap memang tak dapat kat KL ni), naik boat terus ke area Perhentian Island Resort (PIR), untuk start activity, siapa yang tak reti snorkel jangan risau, tour guide akan ajar, dalam 30 minit berjinak dalam air, lepas tu terus ke checkpoint-checkpoint yg best (berhampiran PIR, tak pasti the exact place) which is Lighthouse, Coral Garden, Turtle Bay & Shark Point. Seriously best! Rasanya start dlm pukul 12 tgh-4 petang, lepas tu terus letih. Kita masuk bilik, mandi dan tidur.

muka happy dapat jumpa nemo

Dalam pukul 6 tu kitorang gerak ke Flora sebab malam tu ade makan BBQ (tapi harga tak masuk pakej, cost RM25/head). Tapi we all ade aktiviti lain, which is tengok sunset dekat area pulau yg ade batu-batu besar. Sementara tunggu sunset dan menjadi model kejap tangkap2 gambar sume kan, we all main uno kat situ. Kat sinilah tempat pasangan-pasangan sume suka berdua-duaan. Sebab cantik gila view, nak berenang kat situ pun boleh. Tunggu sunset sat, bila sunset muncul, dia malu-malu pulak kena tutup dengan awan. Tapi still masyaallah cantik.

time ni tengah main Uno

 

this is the sunset view

Malam tu kami berBBQ dekat Fauna Beach Chalet Restaurant. Berbaloi makan seafood dekat situ (ade ikan bakar, udang, sotong dll). Dah makan, balik bilik, siap-siap packing sebab nak gerak esok paginya pukul 9.

Day 3 at Pulau Perhentian – Last Day

Breakfast pagi tu pekena nasi lemak lauk dekat kedai yang sama. Pulang ke jetty dengan hati yang berat. Kami balik ke KL naik flight dari Kuala Terengganu, so dari Kuala Besut naik bas. Tempat tunggu bas, tak jauh pun dari jeti. Perjalan bus mengambil masa 2 jam macam tu. Dari stesen bas mak Ate pick up, ke rumah Ate. Berehat kejap. amik bekalan Kepuk Lekor kami, transfer gambar dari gopro (gopro boleh disewa daripada tour guide), dalam pukul 6 gi makan dulu dekat Hazlan Bistro. Dalam pukul 8 malam kami gerak ke airport. Flight pukul 9.20 malam. Tiba KL 10.30 malam. Fuhh……..berakhirlah percutian kami.

So roughly kira:-
a. pakej penginapan+snorkelling @RM180.00/head
b. tiket bas+flight KL-KB, TRG-KL (RM60.00 + RM68.00) @RM128.00
c. makan @RM50.00 (+-)
d. BBQ @RM25.00
e. tiket bas dari KB-KT @RM12.00
f. souvenir @RM40.00

Total RM435.00

So that’s it. My Trip to Pulau Perhentian. Esok tu masuk keje.

Kbye,
Follow:
Atheera Dayana
Atheera Dayana